OBJEKTIF
MATLAMAT AM
a. Mendapatkan persediaan awal bagi membentuk dan menghayati akhlak mulia mengikut Islam.
b. Mendorong kanak-kanak melatih pancainderanya mendapatkan asas kemahiran dalam pelajaran.
c. Menyuburkan emosi kanak-kanak kepada alam pembelajaran.
d. Mendorong kanak-kanak supaya bersedia memberi kerjasama, tolong menolong dan bertimbang rasa dalam melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan atau berpasukan yang diberi atau disediakan.
e. Mendapatkan dan mengadakan hubungan dengan masyarakat melalui ibubapa kanak-kanak.
MATLAMAT KHAS
a. Mengasuh dan memberikan didikan awal bagi kanak-kanak sesuai dengan tuntutan syariat:
“Awal-awal agama ialah mengenal Allah.“
b. Mendedahkan diri kanak-kanak kepada menerima asuhan dan didikan dari orang selain dari ibubapa/keluarga atau pengasuhnya.
c. Mendedahkan diri kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan dirinya pada alam pendidikan di luar lingkungan rumah atau keluarga.
d. Memberi peluang, mendorong dan melatih kanak-kanak mendapatkan persediaan awal bagi mempelajari asas pelajaran.
e. Melatih menyediakan diri kanak-kanak supaya bersedia menerima sesuatu peraturan yang telah disediakan.
f. Mendorong kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat kanak-kanak yang sebaya.
g. Menanamkan iman, menyemaikan rasa kasih sayang dan memberi kefahaman tentang penghayatan Islam kepada kanak-kanak.